Monday, October 11, 2010

SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!??



Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.




Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri) 

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.







Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob

Wednesday, October 6, 2010

AWAS...!!!...meletak laptop di atas riba adalah bahaya...(O.O)

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Pernahkah anda bekerja @ membuat assigmnt dengan menggunakan komputer riba @  laptop, dan meletakkannya di atas riba anda?.... Jika YA, harap anda membaca artikel di bawah ini sehingga penamatnya.=))


Jika anda kerap melakukan perbuatan seperti ini, anda mungkin mudah mendapat penyakit, "toasted skin syndrome", iaitu keadaan kulit menjadi berbintik-bintik yang disebabkan oleh pendedahan panas jangka panjang, menurut laporan perubatan. Dalam satu kes baru-baru ini, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun mengembangkan perubahan warna kulit sponge-pola di paha kirinya selepas bermain game komputer beberapa jam setiap hari selama beberapa bulan. "Dia mengakui bahawa laptop memberi kesan panas di sisi kiri, namun, ia tidak mengubah kedudukannya," lapor para penyelidik Switzerland dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada hari Isnin dalam jurnal Pediatrics. Kes yang lain melibatkan seorang mahasiswa Virginia undang-undang yang mencari rawatan untuk perubahan warna belang-belang di kakinya. Dr Kimberley Salkey, yang merawat seorang wanita muda, bingung sehingga dia mengkaji dan  mendapati bahawa pelajar tersebut menghabiskan masa sekitar enam jam sehari bekerja dengan komputer ribanya bersandar di pangkuannya. Suhu bawah berdaftar 125 darjah. Kes tersebut, dari tahun 2007, adalah salah satu daripada 10 kes yang berkaitan dengan laptop dilaporkan di jurnal perubatan dalam enam tahun terakhir. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh terlalu sering menggunakan bantalan pemanas dan sumber panas lain yang biasanya tidak cukup panas untuk menyebabkan luka terbakar. Ini umumnya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan penggelapan kulit kekal. Dalam kes yang sangat jarang, boleh menyebabkan kerosakan yang boleh mengakibatkan ke kanser kulit, kata para penyelidik Switzerland, Drs. Andreas Arnold dan Peter ITIN dari University Hospital Basel. Mereka tidak mengutip mana-mana kes kanser kulit yang berkait dengan pengggunaan laptop, tapi menyarankan, meletakkan beg atau perisai panas yang lain di bawah laptop jika anda ingin meribakan laptop anda di ats riba....

so.....berhati2 la yea.. walaupun namanya 'komputer riba', jangan meriba ia di paha anda! ! :p...oh yea..msti anda ngah meriba laptop msa bc artikal nih kn?hahahahah
akibatnya..

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Thursday, September 30, 2010

7 cara godaan syaitan ketika manusia berada di dalam sakaratul maut ataupun mabuk maut/nazak

7 Cara Bagaimana Syaitan Cuba Untuk Mencabut Iman Manusia Di Kala Maut adalah seperti berikut;

1)Syaitan akan datang membawa permainan yang disukai oleh seseorang anak adam semasa hidupnya.

Ulasan; Jika seseorang suka bermain judi, maka syaitan akan menghiburkannya dengan segala macam jenis judi sehingga di saat nyawa tercabut dari halkumnya apa yang ada di sanubarinya adalah judi dan bukan lagi Allah Taala. Ini adalah terpakai untuk semua jenis permainan seumpama golf, memancing, wayang kulit dan lain-lain yang menyebabkan manusia alpa dari mengingati Allah.

2)Syaitan akan menjelma menyerupai haiwan yang paling ditakuti oleh seseorang.

Ulasan; Katakan seseorang itu takutkan singa, maka syaitan akan menyerupai singa yang sangat ganas menyebabkan pada pengakhiran nyawa seseorang anak adam, apa yang ditakuti di dalam hatinya adalah singa dan bukan lagi Allah Taala.

3)Syaitan akan menyerupai haiwan yang paling disayangi oleh seseorang

Ulasan; Andaikan seseorang itu sayangkan haiwan seperti kuda, hamster, ikan, burung, beruk dan lain-lain, maka syaitan akan menyerupai haiwan yang sangat disayanginya itu menyebabkan pada pengakhiran nyawa seseorang anak adam, apa yang dicintai di dalam hatinya adalah haiwan tersebut dan bukan lagi Allah Taala.

4)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling dibenci oleh seseorang.

Ulasan; Bayangkan 2 orang adik-beradik kandung bergaduh kerana harta pusaka. Si adik sangat bencikan abangnya kerana pertikaian tersebut. Maka, syaitan akan datang menyerupai abangnya di saat sakaratul maut adiknya sehingga adiknya mati dalam keadaan penuh kebencian dan dendam.

5)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling disayangi oleh seseorang.

Ulasan; Teringat sebuah pentomin sakaratul maut semasa minggu orientasi di Maahad dahulu di mana ada babak syaitan yang datang menyerupai ibu seseorang yang sedang nazak dan menggoyang-goyangkan buah susunya sambil berkata, "Anakku, engkau haus? Jika engkau mahu air susuku ini, maka mari ikut aku dan tinggalkan Islam,".

6)Syaitan akan datang menyerupai alim ulama

Ulasan; Syaitan akan datang dalam bentuk alim ulama dan mungkin juga ulama muktabar yang pernah kita kenali. Namun, harus diingat target syaitan adalah supaya anak adam mati dalam keadaan kufur. Maka, ulama jelmaan syaitan ini akan cuba mempengaruhi seseorang agar kufur kepada Allah.

Mungkin cukup dengan kata-kata, "Aku sebenarnya adalah Tuhan. Mari ikut aku. Tinggalkan Islam. Cukuplah engkau kelipkan mata untuk menyatakan kesaksian mu,".

7)Syaitan akan datang menyerupai 72 golongan yang sesat

Ulasan; Nabi bersabda di akhir zaman umat Islam akan berpecah kepada 73 puak. 72 puak adalah sesat dan satu puak sahaja yang benar. Maka, syaitan mungkin akan datang menyerupai 72 golongan tersebut yang terdiri daripada khawarij, anti-hadis, Islam Hadhari, 1 Malaysia, Judi Halal dan lain-lain.

Setelah mendengar kuliah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa syaitan tidak pernah mengambil cuti sakit mahupun emergency leave untuk menggoda manusia ke arah neraka jahannam.

Oh, ya ! Bagaimana pula cara berhadapan dengan 7 godaan tersebut ? Ya, tidak mudah kerana syaitan adalah pakar taktikal. Syaitan telah hidup berjuta tahun berbanding kita dan mereka banyak pengalaman dalam selok-belok penipuan.

Jadi, tidak dapat tidak sewajarnya bermula dari sekarang kita cuba beramal dengan ajaran Islam yang syumul (bukan pilih-pilih) dan sentiasa berdoa kepada Allah akan diberikan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan dijauhkan daripada suul khatimah (pengakhiran yang buruk). Usaha + doa.

Hanya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun..

Friday, September 24, 2010

16 hours ago · Share

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM

25 – Hai anakku;

" Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja...
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu...
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah... 
Kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain....
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya...
Kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka....
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu...."






Wassalam
 ·  · Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...