1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat  roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik &  terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi  tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit  sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas  tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”
3.  Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku  berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah  sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia  tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”
5.  Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari.  Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup  sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik  dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7.  Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.  Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8.  Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar,  bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.
9.  Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald.  Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata  “Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate “Ada  pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam,  bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku  dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
11. Bila  roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit  dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat  roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon  balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat  sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw  anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13.  Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus.  Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali  gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai  roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu  pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik  lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk  & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali  sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16.  Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding  bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu  sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada  binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt.  Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri  persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok  rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan  berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah  tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam  kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.  bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20.  Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan  (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia  terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
SELAMAT MENCUBA!
haha...boleh sakit mental le roomate
ReplyDelete