Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:  “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan  jalan yang sesat,”
ANTARA PERBUATAN-PERBUATAN BAGI  MEREKA YG BERCINTA DAN TERJERUMUS KEPADA BERCOUPLE DAN TINDAKAN YANG  BOLEH MENYEBABKANNYA MENJADI HARAM ANTARANYA :
PERTAMA:  TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah perhubungan  ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan  niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang  perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus  seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA:  TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak  dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan  sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang  juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya  menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya.  Paling tidak, pasti di dalampertemuan(dating) akan berlaku pandangan  mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.  Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang  mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang  paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu  perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara  yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada  menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga  menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang  membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA:  MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA Apabila pasangan yang  bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan  dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang  bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya  bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya  diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya  umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan  buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara  pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan  negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan  direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang  menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam  amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar  itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam  mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana  Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT:  MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR Di dalam budaya  bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman  PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian  ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner,  lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu  mengeluarkan duit poketnya.Terdapat juga keadaan di mana si perempuan  yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up  handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah  makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali  dalam seminggu.Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk  perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang  tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan  pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu  dibayar selepas tamat pengajian.Justeru, penggunaan kedua-dua jenis  wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah  oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah  amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA:  MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYASeperkara yang wajar  diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak  bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang  mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh  Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain  aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari  anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan  tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu  diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang  dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi  meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal  mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi  HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta  Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
selawat~
No comments:
Post a Comment