Saturday, August 21, 2010

Kisah Benar! mesti baca..

Mari kita hayati kisah ini sama-sama…

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh
perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf
banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para
muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk
mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun
dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan
Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar
lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata
negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk
menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan
khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia
ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai
memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini
maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah
SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan
sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin
(medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan
pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.
Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi
beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada
pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael
ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak
hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai
sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan
jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar.
Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan
dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi
dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala
urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti
terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada
hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk
menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada
kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas
tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’
(maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik
mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
tempohari?”, sang suara meminta kepastian.

'Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “,
ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu
sang suara ringkas.
“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “,
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah
beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama
bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat.
Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai
hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan
jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah
‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah
berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang
memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut
dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh
berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje
meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku!
Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di
sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras
dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat
pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu
perkataan “ALLAH”!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada
perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji
Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah
tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan
membahgiakan kan?….

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun
memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang
Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya
pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham
semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi
daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada
seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan
semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat
tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah
pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan
arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam
yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus,
ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola,
ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada
yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara
satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus
ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap,
inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia
kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam
lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia
ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai
juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid
sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M
memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi.
Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan
imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom
Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak.
Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin
kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang
baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing
dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid
pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah
pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil
berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke
bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya
terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini,
segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah
imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku
kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada
masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa
ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah
sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu
cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas
terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan,
dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok
sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum
memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam
tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk
diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian
jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat
bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa
yang terharu dan peliknya?… .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah
masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini
masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih
mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari
badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian
sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat
mayat ni, fikir ustaz M…
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan
jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……”
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam
ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali
kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang
datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi
takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh
liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang
meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan
hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya
sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan
menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh
serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak
memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya
pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan
si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat
pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup
bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya
kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan
solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat
jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.
“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang
didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku
sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian
dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat;
sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan
hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...