Setiap orang mungkin pernah menjumpai makhluk kecil yg disebut labah-labah. Di rumah, di kampung atau di kebun tapi makhluk kecil ini hanya menarik perhatian serius segelintir orang sahaja. Padahal ia adalah salah satu bukti atau tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Allah menciptakan labah-labah dengan begitu unik sesuai dengan tugas dan peranannya sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.
Mari kita perhatikan labah-labah dengan lebih dekat untuk melihat betapa Allah adalah Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Kuat, Maha Sempurna dan Maha segala-galanya. Jika seseorang bfikir mengenai labah-labah, mungkin akan terlintas tentang sarangnya. Sarang ini merupakan keajaiban reka bentuk yang tersendiri. Ia direka dengan rancangan tersendiri beserta teknik perhitungannya. Jika kita memperbesarkan labah-labah menjadi seukuran manusia, sarang yang dianyamnya akan memiliki ketinggian sekitar 150 meter. Ini sama tinggi dengn bangunan pencakar langit 50 tingkat.
Maha Hebat Allah s.w.t yg telah menciptakan seekor binatang yg tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat dan bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi , mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya Allah telah menciptakan labah-labah yang dapat membina bangunannya sendiri.
Bagaimana labah-labah mampu membuat sarang sebesar ini? Allah membekalkannya dengan ilham atau ilmu tanpa perlu belajar dimana-mana sekolah atau universiti spt manusia. Allah s.w.t telah mengajar haiwan kecil ini utk menjadi arkitek, jurutera dan pekerja binaan sejak mula ia dilahirkan. Sebaik saja dilahirkan labah-labah telah menjadi arkitek yakni membuat rancangan sarangnya. Setelah rancangan disiapkan, labah-labah menjadi jurutera pembinaan yakni menghitung seberapa besar beban-beban yang akan menempati posisi-posisi tertentu pada sarang.
Selepas itu, labah-labah menjadi juga menjadi pekerja binaan. Labah-labah melempar benang yang dipintalnya ke udara lalu aliran udara ini membawanya ke tempat tertentu dimana ia menempel. Lalu kerja menyusun benang-benang itu dimulai. Perlu satu jam atau lebih untuk menganyam sebuah sarang. Mula-mula labah-labah menarik benang jenis kuat dan tegang dari titik pusat ke arah luar untuk mempersiapkan rangkanya. Ia lalu menggunakan benang jenis kendur dan lekat untuk membuat lingkaran dari arah luar ke dalam.
Dalam kehidupan manusia, kerja sebagai arkitek, jurutera dan pekerja binaan biasanya dilakukan oleh orang yang berbeza tetapi dalam kehidupan labah-labah, Allah mengajarkannya sekaligus kepada seekor haiwan kecil sahaja. Maha Agung Allah yang mengajarkan berbagai ilmu kepada seekor haiwan kecil yang tidak berakal, sedangkan ilmu-ilmu itu terpaksa diagih-agihkan kepada ramai orang di kalangan manusia yang berakal.
Lalu, bagaimana kita tidak kagum dengan Allah yang Maha Hebat itu?
Mengapa kita masih berbanggga dengan ilmu-ilmu dan akal kita yang amat terbatas? Sedangkan Allah dapat mengilhamkan pelbagai ilmu sekalipun kepada makhluk yang tidak berakal.
Benang-benang yang digunakan labah-labah juga luar biasa. Benang labah-labah 5 kali lebih kuat dari serat besi waja dengan ketebalan yang sama. Ia memiliki gaya tegang 150 ribu kilogram permeter persegi. Jika seutas tali bergaris tengah 30cm terbuat daripada benang labah-labah, ia akan mampu menahan berat 150 buah kereta. Saintis menggunakan benanag labah-labah sebagai model ketika membuat bahan yang dinamakan kefla yakni bahan pembuat jaket anti peluru. Peluru-peluru berkecepatan 150 meter per detik, dapat merobek sebahagian besar benda yang dikenainya kecuali benang yang diperbuat daripada kefla. Tetapi benang labah-labah 10 kali ganda lebih kuat daripada kefla. Benang ini juga lebih nipis dari rambut manusia, lebih ringan dr kapas tapi lebih kuat dr besi waja dan ia diakui sebagai material yang terkuat di dunia. Besi waja termasuk material paling kuat yg dihasilkan dgn peraltan industry berat, menggunakan besi dan dlm tungku bersuhu ribuan darjah. Ia direka khas agar berdaya tahan tinggi utk digunakan pd binaan lebar umpamanya bangunan tinggi dan jambatan. Labah-labah menghasilakan material yang 5 kali ganda lebih kuat dari besi waja. Padahal ia tidak memiliki system tungku pembakaran dan teknologi apa pun, ia hanyalah makhluk kecil yang tidak mampu berfikir. Sungguh satu keajaiban bahawa makhluk kecil ini mampu menghasilkan benang yang lebih kukuh dari besi waja dan menggunakannya untuk membuat bangunan dengan cara yang sama seperti para arkitek dan engineer manusia lakukan.
Allah Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata "Jadi" maka jadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah ini kuat tetapi perlu diingatkan bahawa ia dianggap kuat dlm kategori benda yang sama ukurannya sahaja. Walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput.
Melalui labah-labah dan sarangnya ini Allah mengajar kita bahawa makhluk itu lemah. Sejenis makhluk menyangkakan dirinya atau benda buatannya adalah yang terkuat dan terbaik, walhal sebenarnya ia lemah sahaja jika dibandingkan dengan makhluk yang lain. Seperti labah-labah yang menyangkakan sarangnya adalah yang terkuat dan terbaik walhal sedangkan jika diukur dengan ukuran manusia sarang labah-labah itu adalah benda yang sangat lemah sahaja. Betapalah jika dibandingkan dengan kekuatan Allah yang mencipta labah-labah itu. Makhluk atau benda-benda selain Allah, kekuatannya nisbi sahaja, yang mutlak itu Allah s.w.t. Oleh itu Allah mengingatkan kita dlm surah Al-Ankabut ayat 41, yang bermaksud: " Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindunganny), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah (paling reput) ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan"
Selain untuk menjadi pengajaran dan perumpamaan, Allah ciptakan makhluk-makhluk juga tidak sia-sia, ada tugas dan peranan yang telah diamanahkan kepada makhluk-makhluk tersebut. Mungkin orang menganggap apalah gunanya labah-labah, lemah, kecil, mengotorkan atau merbahaya kerana ada sejenis labah-labah iaitu jenis black widow yang bisanya boleh membunuh manusia. Tetapi kita harus ingat bahawa labah-labah pernah berperanan besar dalam sejarah perjuangan kebenaran. Lebih-lebih lagi ia telah terlibat langsung dalam membantu perjuagan Rasulullah s.a.w. Sewaktu Rasulullah s.a.w bersembunyi di dalam gua Tsur kerana hendak dibunuh oleh kaum musyrikin Quraisy, hampir saja Rasulullah s.a.w dikesan dlaam persembunyiannya itu. Namun, Alla telah mengilhamkan kepada labah-labah untuk cepat-cepat membina sarang di pintu gua itu sehingga memberi kesan seolah-olah tidak ada orang yang baru masuk ke dalam gua itu. Allah memperdaya musuh-musuh Islam yang kuat dan ramai hanya dengan khidmat seekor labah-labah. Tidak nampak lagikah betapa Allah Maha Bijaksana? Tidak terfikirkah betapa Dia Maha Pelindung?
Sebenarnya dengan memperhatikan ciptaan Allah kita dapat menganali dan menghayati sifat-sifat Allah. Orang yang belajar mengenai Allah maka ilmu-ilmu keimanan itu akan meresap ke dalam fikiran. Apabila ilmu-ilmu keimanan itu diamalkan dengan faham dan khusyuk, serta memikirkan kebesaran Allah maka iman akan meresap ke dalam hati. Dia bukan setakat sedar dengan akal bahawa adanya Allah tetapi merasai hatinya akan wujudnya Allah. Kerana itu dia mempunyai hubungan hati dengan Allah, sentiasa mengingati Allah. Orang beginilah yang Allah maksudkan dalam surah Ali-Imran ayat 191,: "Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, waktu duduk dan waktu berbaring dan mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi, seraya mereka berkata "Wahai Tuhan kami, tidak engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab neraka".
No comments:
Post a Comment